Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Biodata Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W Lengkap


BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

Tarikh lahir : _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571

Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; peristiwa tentera bergajah

Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba

perempuan bapa Rasulullah SAW).

🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali

Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


 *USIA 5 TAHUN*

_Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_

untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

 *USIA 6 TAHUN*

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

 *USIA 8 TAHUN*

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.

Baginda dipelihara pula oleh saudara bapaknya, Abu Talib.

 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama saudara bapaknya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

 *USIA 20 TAHUN*

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

Bermusafir kali kedua ke Syam atas utusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 *USIA 35 TAHUN*

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.

 *USIA 40 TAHUN*

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

1. Khadijah Binti Khuwailid.

2. Saudah Binti Zam'ah.

3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

7. Zainab Binti Jahsy.

8. Maimunah Binti Harith.

9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2.Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5.Ruqaiyah

6.Ummi Kalthum

7.Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

1. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina

Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,

Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah 

5. Al-Abbas 

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah 

14. Arwa 

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) 


Sabda Rasulullah SAW

_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

 *KESIMPULANNYA* :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Posting Komentar untuk "Biodata Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W Lengkap"